CAROTOMAX VITAMIN UNTUK MATA




Hari ini saya just nak sharing tentang diri saya,saya ada masalah rabuh silau yang agak teruk juga,saya tidak boleh drive di waktu malam exspecially semasa hujan kerana saya langsung tidak boleh agak jarak kereta dari belakang kereta saya kerana saya hanya nampak cahaya yang pecah atau retak seribu.

Saya telah di minta oleh pakar mata supaya memakai cermin mata rabun silau untuk mengelakan perkara yang tidak dingini  berlaku ketika memandu

Perkara yang sama jika waktu siang pula saya ada masalah nak drive semasa hujan lebat terutama jika di highway,saya pernah accident di HIGHWAY yang hampir meragut nyawa saya hanya kerana masalah mata.

Saya cuba mencari alternatif lain selain memakai spek mata,akhirnya saya tertarik untuk mencuba vitamin CAROTOMAX shaklee.Minggu pertama rasanya tiada perubahan yang berlaku hanya saya perasan kulit saya lebih halus,kemerah-merahan dan cerah,saya faham kita bukan ambil ubat ajaib tetapi supplement untuk menyelesaikan masalah rabun mata saya.

Masuk botol kedua akhirnya alhamdulillah berkat kesabaran, saya mula nampak perubahan, rasa mata lebih fresh,terang dan apabila memandu malam cahaya yang retak seribu semakin berkurangan walaupun belum pulih seratus peratus,sehingga kini saya jadikanCAROTOMAX shaklee Vitamin yang wajib diambil setiap hari bonus pula kulit makin cantik dan berseri.

INFO CAROTOMAX

PERBEZAAN VITAMIN A DENGAN CAROTOMAX SHAKLEE
 
Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebiha.

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A,di mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik


CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.   
Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Apa pula Astaxanthin?
Sejenis Caratenoid yang merupakan sumber anti-oksidan dan anti-radang terbaik.
Menghalang radikal bebas dan mencegah tisu badan dirosakkan oksida.

Apa fungsi Carotomax Shaklee?
Memelihara kesihatan yang baik
Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu
Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan tulang
Mengekalkan kesihatan retina mata (merawat rabun)
Membentuk membran mukus (selaput lendir) yang sihat
Membantu membentuk sel darah merah dan sel darah putih yang sihat
Meningkatkan sistem imunisasi badan untuk kesihatan yang optimum
Mengekalkan kesihatan mata, jantung, kulit
Ada unsur Astaxanthin yang anti-oksidan, ia menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda
Ada unsur Astaxanthin yang anti-radang, ia melegakan sakit sendi, otot, ligamen, tendon/athritis

Siapa perlukan CarotoMax Shaklee?
Individu bermasalah rabun
Individu yang ingin kekalkan kesihatan mata
Individu yang ingin kesihatan badan yang menyeluruh
Pesakit arthritis / Atlet
Sesiapa sahaja kecuali ibu hamil

[BARU] TIROID DAN SHAKLEE


TIROID



Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. 

Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Apa yang anda tahu tentang penyakit tiroid,rata-rata kita akan membayangkan penyakit bengkak di leher dan sudah tentu pengidapnya seorang yang sangat kurus,tetapi tahukah anda tidak semua pesakit tirod menunjukan ciri-ciri seperti itu.

Perunding Perubatan dan Endokrinologis Dr syarifah Sakinah Syed Othman al-Yahya berkata ada beberapa jenis TIROID


Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-
1)   Hipertiroidisme / Tirotoksikosis 
2)   Hipotiroidisme

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turunPenumpuan kurang dan mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu dan kejang otot 
  • Osteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak dan bertambah. 
  • Kulit lembap,suhu badan naik, tak tahan panas 
  • Rambut tidak kuat 
  • Sukar bernafas dan tidur
  • Tekanan darah naik 
  • Turun berat badan walaupun selera naik 
  • Badan lesu dan lemah

2) Hipotiroidisme

Orang yang menghidap hypothyroidism pula mempunyai kurang hormon tiroid..boleh merosakan jantung jika tidak mendapat rawatan segera.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme:
  • Bengkak kaki
  • Ingatan terganggu,lembab dan malas.
  • Sering letih dan tidur
  • Badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung


BAGAIMANA MERAWAT PENYAKIT KELENJAR TIROID?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

PRODUK SHAKLEE  YANG BOLEH MEMBANTU?

Pesakit HYPOTIROID boleh mengambil VitaLea, Vita-E Complex, OmegaGuard dan B Complex (tidak boleh mengambil ESP)

Vita-Lea 
  • Multivitamin yang mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit A, D, E, B2, B3 dan Zinc sangat sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
  • Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
  • Vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yg aktif)
  • Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
  • Zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif)

Vita- E Complex
  • Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi.
  • Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
  • Penyebab hipotiroidisme adalah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan. 
  • Jika dapat kurangkan antibodi ni maka lebih banyak hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan.




Pesakit HYPERTIROID boleh mencuba Vivix dan ESP 
(tidak boleh mengambil Vitalea dan Alfalfa Complex)

ESP SOY PROTEIN
  • Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen
  • Kajian mendapati estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
  • Sangat sesuai untuk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
    tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

VIVIX
  • Vivix adalah tonik anti penuaan yang juga digelar tonik ajaib Shaklee. 
  • Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. 
  • Vivix melindungi dan membaiki DNA badan yang telah rosak.

VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN





Kenapa saya kata Vitamin shaklee bagus untuk kesihatan?

Vitamin Shaklee antara yang terbaik dan paling lama yang pernah saya ambil hingga sekarang dan vitamin shaklee banyak merubah hidup saya sejak 5 tahun lepas.Mendapat kepercayaan pengguna seluruh dunia dah sudah lebih 50 tahun di pasaran.Shaklee juga begitu berani mengeluarkan kenyataan yang produknya sentiasa berkesan kerana semuanya  berdasarkan bukti kukuh dari 100 kajian dan jurnal dimana 90 dari kajiannya telah diterbitkan di review jurnal sebab itu vitamin shaklee bagus untuk kesihatan.





Kenapa saya kata Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan

Dr Bruce Ames, seorang ahli toksikologi dari UC Berkeley School of Public Health,telah membuat beberapa kajian dan eksperimen kepada beberapa vitamin dan mineral – B12, B6, niasin, vitamin C, vitamin E, zinc dan zat besi.Beliau menemui sesuatu yang amat mengejutkan, di mana kekurangan nutrien tersebut di tahap mikron boleh merosakkan sel, dan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser.
UC Berkeley telah menghantar cadangan kepada Shaklee untuk menjalankan Landmark Study di Harvard dan telah menerbitkan hasilnya dalam The Nutrition Journal pada tahun 2007.
Landmark study ni adalah untuk membuat perbandinngan antara:-
Orang yang mengambil Shaklee
Orang yang mengambil supplement lain
Orang yang tidak mengambil supplement langsung
Kajian dari UC Berkeley School Of Public Health mendapati mereka yang mengambil suplemen shaklee lebih sihat dari yang mengambil supplement jenama lain., mereka yang mengambil vitamin Shaklee menunjukkan kesan kesihatan yang paling baik dan apa yang menarik mereka yang berada dalam kumpulan Shaklee adalah jauh lebih muda, anggaran jarak 10 tahun. 




Sentiasa Selamat  
Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
Lebih 350 ujian pencemaran dilakukan
100% kepuasan dijamin
Sentiasa Semulajadi
Tiada perisa tiruan
Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
Tidak mengandungi bahan yang dilarang
Tidak mengandungi peluntur klorin
Tiada pemanis tiruan
Tiada pewarna atau lemak trans
Tiada suapan tersembunyi

Sentiasa Berkesan
USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
70 kajian klinikal telah diterbitkan
60 orang saintis shaklee
50 paten
Adakah anda tahu produk shaklee 

o TIDAK Mengandungi Paraben.
o TIDAK Mengandungi Triklosan.
o TIDAK Mengandungi Phthalates.
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS).
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES).
o TIDAK Mengandungi Bisfenol-A.
o TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates.
o TIDAK Mengandungi Toulene.
o TIDAK Mengandungi Peluntur Warna.
o TIDAK Mengandungi Bahan Perisa.
o TIDAK Mengandungi Pewarna.
o TIDAK Mengandungi Lemak Trans.
Adakah anda setuju jika saya kata vitamin shaklee bagus untuk kesihatan berdasarkan bukti-bukti,testimoni pelanggan dan diri saya,saya tahu ramai yang bersetuju dengan saya.Jika anda ingin tahu tentang produk shaklee dapatkan dari pengedar sah shaklee malaysia anda.

SET BERPUASA SHAKLEE



SET BERPUASA

Set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi anda. Menu sarapan pagi ini boleh
diamalkan oleh semua golongan dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Ia membantu
meningkatkan tenaga ,mengurangkan rasa letih dan meningkatkan daya tumpuan setiap hari.

Ada 3 jenis produk dlam set ini -


Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink.

Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.


ESP adalah minuman berprotein soya yang mempunyai 9 asid amino yang penting untuk tubuh.ESP memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.Selain itu ESP mengurangkan risiko serangan gastrik ketika berpuasa.Protein sangat penting untuk membaikpulih struktur kulit,rambut,kuku dan boleh mengurangkan kolesterol.


MEAL SHAKE lengkap dengan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.Mengandungi 19 vitamin dengan rasa vanilla yang lazat dan boleh dicampur bersama ESP semasa bersahur.Ia mudah disediakan dan mengenyangkan.


PERFORMANCE DRINK
 minuman isotonik semulajadi rendah sodium dan gula.Produk yang sangat sesuai diambil semasa berpuasa kerana ia mengelakan badan dari dehidrasi.Mengurangkan
kehilangan bendalir yang menebabkan tubuh cepat letih dengan rasa oren yang sedap.


Dapatkan SET ini untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C semasa bersahur.


Kami mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN
RAMADAN
dan semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Semoga
Ramadhan kali ini kita mampu untuk meningkatkan ibadat kita.Amal kita dalam mencari
keredhaan Allah dan memperbaiki diri.